Saturday 16 June 2012

CATATAN SI SURIRUMAH-VACATION

OH..NOOOOO...I REALLY NEED VACATION.....

Mood saya 2 hari ni really swing..huhu!!! tak tahu kenapa..kemungkinan penat menguruskan rumahtangga.. isshh tak baik berfikir macam tu.. tapi itu memang hakikat nya.. sekadar keluhan si surirumah..

Teringat kisah dimana pada zaman Rasulullah s.a.w.. anaknya sendiri, Fatimah pernah mengeluh dan pernah meminta Rasulullah s.a.w memberi seorang hamba tebusan untuk membantunya membuat kerja rumah yang memang tak pernah habis. Tetapi Rasulullah hanya menasihat Fatimah dan meminta Fatimah berzikir SubhanaAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar....zikir ini boleh diamalkan setiap masa, terutama sekali sebelum tidor..InsyaAllah segala pekerjaan kita akan menjadi mudah dan ikhlas kerana Allah.

Emmm berbalik kepada catatan si surirumah.... Memang la saya pon ada mengamalkan zikir seperti diatas, tapi saya bukan Fatimah anak Rasulullah s.a.w.. Saya hanya insan biasa..serba serbi kekurangan.. Menguruskan rumah tangga 24 jam bagi insan saya yg pernah bekerja memang memenatkan.. lebih penat dari kerja kat opis.. Tu la pasal saya perlukan percutian...Mulanya niat nak gi Universal Studio Singapore.. tapi bila pikirkan balik kalu naik bas dari JB, lepak kat hotel JB dengan anak2 yg masih kecil ni macam tak memberangsangkan la pulak rasanya.. nnt nak kena Q naik bas, masuk imigresen.. ohhh..tak bersemangat laks rasanya... Tak pe la,,postpone lu niat nak g USS la.. na gi sana kena stay 3D2N la kot. lepak kat hotel singapore, gi zoo dan nite safari..emmm lagi best kot..so plan nye naik flight dr kl-spore la kot nnt. so have to change the original plan.. we opted to desaru..stay 2D1N at the lotus desaru.. situ ade small waterpark..pastu boleh lepaks kat pantai..emmm pastu boleh pergi JPO ...ok kot..tunggu je la awal bulan 7 ni..harap2 plan dah tak ditukar la kot..ehhehhehe

Rasanya semua org pon perlu bergi bercuti, sebab boleh charge balik ion2 negatif dalam badan kita ni.. supaya sentiasa jadi positfi balik... banyak kebaikan bercuti ni..sebab boleh menjadikan kita lebih bersemangat untuk bekerja dengan lebih tekun dan sentiasa positif.

ok..be positive...be positive....





Thursday 7 June 2012

CATATAN SI SURIRUMAH

Jadi surirumah sepenuh masa? Biar betul?

Teringat pada saat dan ketika mula-mula saya terpikir untuk berhenti kerja dan bertukar profesion dari seorang akauntan kepada seorang suri rumah sepenuh masa.

"Ko biar betul shikin..nak berhenti kerja? Dah fikir masak-masak ke?"
" Ko dah la gaji banyak.. bos pon suka kat ko.. ko punya company pon ok.. kenapa nak berhenti?'
"Eh..nanti kalau nak shopping kena mintak duit kat husband..ko pon suka shopping kan?'
"Sayangnya.. gaji banyak jugak, ada jawatan jugak, dah jadi member MIA..ishh sayang la"

Tu semua adalah soalan2 yang dilontarkan kepada saya sewaktu saya meluahkan hajat saya untuk berhenti kerja. Ya.. tipu la kalau saya cakap tak sayang kerja saya sebagai seorang akauntan di sebuah syarikat perkapalan yang Holding companynya sebuah syarikat yang disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia. Bos saya memang baik, kawan2 pon baik, situasi tempat kerja pon terbaik.. tapi apa yang saya rasakan..sebaliknya.. ya..kalau 2-3 tahun dulu memang saya sangat suka pergi kerja..walaupon kerja banyak tak pernah habis, balik malam2 saya sangat suka..tapi entah mengapa kebelakangan ni sebaliknya berlaku.. i have no passion at all... kosong..hilang... entah la...

Kenapa saya mengambil tindakan senekad ini? Pertamanya sebab pengasuh anak2 saya kak imah dah kena pindah ke Langkawi ikut suaminya seorang tentera laut. Anak- anak saya sebelum ini memang dijaga dan di asuh oleh isteri tentera laut. Di sebabkan saya tinggal di kawasan Setiawangsa masa tu, dan kebetulan berdekatan dengan kem askar, saya mengambil keputusan menghantar anak2 saya utuk di jaga dan di asuh oleh isteri tentera disitu. Teringat lagi masa mengandungkan Ayman anak sulung saya. Pening jugak memikirkan tempat yang sesuai untuk menghantar Ayman bila saya mula bekerja lepas habis pantang.

Pengasuh yang mula2 menjaga Ayman ialah Kak Normah namanya, pastu dia pindah, jawatan itu di ambil alih oleh Kak Zah. Kak Zah ni menjaga 2 orang anak saya. Ayman dan Imran. Biasa la, isteri tentera kan..lepas husband kak Zah ni pencen, jawatan tu diserahkan kepada Kak A.. Kerana saya kurang berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh Kak A kepada anak2 saya dan kebetulan dia mengandung, saya tekad bertukar pengasuh..Terakhir sekali Kak Imah.. Kak Imah menjaga anak2 saya Ayman dan Imran dengan baik sekali.. Lepas tu saya mengandungkan Aqilah pada tahun 2010-2011. Kak Imah ada beritahu saya yang dia tak pandai jaga baby. Dia syorkan saya cari pengasuh lain untuk Aqilah. Saya pon bagitahu dia yang saya memang percayakan dia untuk carikkan pengsuh anak2 saya. So, Aqilah diserahkan kepada Kak Ana untuk dijaga.. Kak Ana pun baik jugak..Dia dan keluarganya menjaga Aqilah dengan baik terbaik...Tapi pada bulan October 2011 Kak Imah cakap dia kena pindah ke Langkawi..Terduduk jugak saya masa tu.. Alamak mana nak carik pengasuh.. Susah nak jumpa pengasuh yang bole dipercayai sekarang ni.. Ada memang ada, tapi kena berusaha bersungguh2 dan try and error.. tu yang saya tak sanggup nak buat coz anak2 saya bukan bahan ujikaji..hehehheh..so disebabkan Kak Imah pon cakap dia tak kenal sangat org2 kat situ so dia tak berani nak rekemenkan... soa saya bincang dengan diri saya sendiri dulu..sambil amik kertas dan pen tulis komitment saya setiap bulan atas kertas... komitment yang saya perlu jelaskan setiap bulan...

1, ansuran kereta
2. bil astro
3. bil elektrik
4. ptptn
5. kredit kad
6. simpanan
7. elaun

so lepas saya senaraikan jumlah yang saya perlu selesaikan setiap bulan saya tunjukkan kepada suami saya. Memang kitaorg setuju untuk berkongsi pendapatan..ye la kan duit ku duit ku jua..duit mu pon duitku jua..hehehhe..Balik je suami dari opis dia, lepas makan malam saya pon cerita kan masalah yang bakal kami hadapi...

"Bang, saya rasa macam kena berhenti kerja je la. Boleh tak?' soal saya
"Kenapa pulak"? suami saya tanya
"Kak Imah kena pindah..ikut hubby dia ke Langkawi". jawab saya
"Klau cuti panjang tak leh ke..amik la unpaid leave 3 bulan ke?. Pastu carik la pengasuh. Awak keje balik pastu." suami saya cuba bagi solusi
"Malas la .. amik unpaid lagipun tak de mood la dah.. rasa nak rest la pulak. nak besar anak2 dengan tangan saya sendiri. lebih berkat. Boleh masak2 tiap2 hari. tak perlu beli lagi. tak perlu terkejar2 nak g opis, hantar anak2." jawab saya panjang lebar.
"Tapikan saya nak tunjukkan komitment saya tiap bulan. then saya nak sedikit elaun untuk saya tiap2 bulan.. ye la kan..nak jugak ada duit poket, simpanan." tambah saya lagi sambil tunjukkan kertas kecil yang telah saya coretkan jumlah yang saya mahukan.
"Emmm boleh.. tiap2 bulan saya akan masukkan dalam akaun awak" jawab suami saya sambil memandang kertas yang saya hulurkan..
"Betul ke bang? wah bestnye... thanks" saya memang rasa sangat seronok..kerana pada mulanya saya ingatkan suami saya tak bersetuju..hehehhe

ok.. nnt saya sambung lagi ye... catatan si surirumah.....

Wednesday 6 June 2012

AKU TERIMA NIKAHNYA

Emm.. its has been a long time i didn't update this blog since there is nothing interesting to share..but today..my mood to update this blog sudah mareeeyyyy... yee.. haaa...

saya tengah berusaha untuk menghabiskan buku ni..


ulasan saya...

buku ni memang sangat sesuai utk dijadikan bahan bacaan utk bakal pengantin, suami, isteri, ibu, ayah, pendek kata sesuai untuk dijadikan bacaan semua peringkat umur (tp dewasa la ye). karang dibagi kat budak2 mau dikoyak2 buat kapal terbang kertas laks..hehhe..

mulanya saya beli buku ni sebab murah, tertarik pada tajuknya, pastu dapat paper bag..hahah tak bleh blah betol la kan.. murah sebab beli masa pesta buku hari tu..mau tak murah.. rm55 belom diskaun 25% gitu..apa lagi grab before its gone..keh..keh..maka lepas beli buku ni..diletakkan sebaris dengan buku2 lain di atas rak buku kat living hall.. maka jadilah salah satu perhiasan di rumahku..rumah saya ni sgt simple je wall decornye.. tp sebab kitaorg mmg suka membaca..so buku pon dijadikan decor..ok la tu kan..

bila cousin datang umah hari tu diorg dok2 membelek2 buku2 saya dan amik buku ATN ni.. lepas diorg balik saya pon amik buku ni dan start baca... you know what??? im falling in love with this book.. Allhamdulillah tak rugi saya beli buku ni walaupon niat asal sedikit menyimpang (baca perenggan atas tu ye}... mmg best buku ni coz bahasa yg digunakan sempoi..mudah difahami dan dihayati..penulis seperti bercerita dengan pembaca.. penulis menceritakan pengalaman beliau bagaimana beliau belajar di ireland..berkerja.. bercinta..menjadi ayah..dll..

memberi panduan kepada kita secara realistik bagaimana nak menangani konflik dalam diri, menangani masalah keluarga terutama anak2 yg semakin membesar dan sebagainye..
saya amat suka dengan kata2 dan prinsip nya "ERTI HIDUP PADA MEMBERI".

korang patut ada 1 copy buku ni kat umah.. ni sebenarnya edisi istimewa coz  ia adalah kompilasi 3 buah buku.. aku terima nikahnya, bercinta sampai ke syurga dan murabbi cinta..

saya petik satu situasi dlm buku ni yg saya rasa sgt berkesan dan mmg berlaku pada anak2 kita..
saya ringkaskan je la ye..

situasi kalau anak2 kita buat kerja sendiri..cthnye main2 atau baca buku sendiri..tak bising..apa kita buat? mesti kita akan sibuk buat kerja kita kan? tak layan sgt anak2 kan? tapi tiba2 suasana senyap sunyi tu bertukar menjadi bising dengan suara anak2 bergaduh rebutkan barang mainan..mesti kita akan bersuara marahkan diorg..betol tak? ni situasi yg saya alami jugak la.. kenapa anak2 tu bising? sebabnya diorg nakkan perhatian kita..ibu dan ayahnya..
Sebenarnya sewaktu meraka sedang bermain atau membaca sendrian tu la waktu elok untuk kita hampiri diorg..bermain atau membaca dengan diorg..puji2 anak2 kita.. dan bila diorg start nak bergaduh atau bising..jgn kita pon turut sama bising dan marah2 ..seelokknya kita biarkan diorg selesaikan sendirian dulu..tapi kita nak la monitor dirg jugak..jgan la sampai dibiarkan hingga tumbuk menumbuk atau bergaduh teruk2 ye.. pandai2 la korang...

isshh..mmg best la buku ni..korang gi la carik kat kedai buku yg berhampiran ye.. hehehhe